Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 1.05 tan minyak masak paket di perairan Semporna, pagi Rabu. Foto: APMM

APMM gagalkan cubaan menyeludup keluar 1.05 tan minyak masak

ByTVS

SEMPORNA, 2 Jun: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar 1.05 tan minyak masak paket di perairan Semporna, Sabah, pada pagi semalam (Rabu).

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan, berkata pihaknya mengesan sebuah bot pam berwarna biru tanpa nombor pendaftaran bergerak dalam keadaan mencurigakan di 0.7 batu nautika ke timur laut Pulau Kulapuan pada jam 2.45 pagi tadi (Khamis).

Menurutnya, semasa dirapati, tekong bot bertindak mengemudi bot ke kawasan lebih cetek dan terjun ke dalam air untuk melarikan diri ke daratan berhampiran.

“Pemeriksaan ke atas bot menemui lebih kurang satu tan minyak masak bernilai RM2,625, dipercayai cuba diseludup ke negara jiran,” Norrimi menyebut dalam kenyataannya.

Beliau berkata, keseluruhan rampasan, termasuk bot dan enjin, bernilai kira-kira RM8,000.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana cubaan menyeludup keluar minyak masak bersubsidi.

Mengulas lanjut, Norrimi berkata siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengesan pemilik bot serta dalang di sebalik kegiatan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan