Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota bomba mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk mengeluarkan seorang lelaki yang tersepit selepas Produa Kancil yang dipandunya bertembung dengan Proton Persona di Jalan KJD- Sungai Lelabi Bintangor, semalam.

Lelaki tersepit dalam kereta ekoran pelanggaran

BINTANGOR, 2 Jun: Anggota bomba mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk mengeluarkan seorang lelaki yang tersepit selepas kereta Produa Kancil yang dipandunya berlanggar dengan kereta Proton Persona di Jalan KJD-Sungai Lelabi, Bintangor, semalam.

Kejadian yang berlaku pada kira-kira 9.00 malam itu mengakibatkan mangsa berusia 24 tahun cedera dan dihantar ke Hospital Sarikei untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin, berkata sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.15 malam.

“Kenderaan mangsa dipercayai menghala ke arah Julau sebelum ia bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.

“Rempuhan kuat mengakibatkan kereta mangsa remuk pada bahagian hadapan. Ia menyebabkannya tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya ketika dihubungi.

Nicholas berkata, sebaik sahaja dikeluarkan, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sarikei oleh pihak ambulans untuk rawatan lanjut.

Dalam pada itu, pemandu kereta Persona tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kita juga melakukan kerja pembersihan jalan daripada sisa-sisa kemalangan dan tumpahan minyak selain pemeriksaan susulan bagi memastikan lokasi kejadian selamat untuk dilalui kenderaan lain,” katanya.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.43 malam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan