Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan muzik tersohor Korea Selatan BTS melawat Rumah Putih semalam untuk membincangkan kes jenayah kebencian yang menyasarkan orang Asia dengan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden. Foto: Reuters

BTS bertemu Biden, bincang isu jenayah benci orang Asia

ByTVS

WASHINGTON DC, 1 Jun: Kumpulan muzik tersohor dari Korea Selatan BTS melawat Rumah Putih semalam untuk membincangkan kes jenayah kebencian, yang menyasarkan orang Asia, bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, lapor Reuters.

Pertemuan itu diadakan sebagai pengiktirafan kepada sambutan Bulan Asia Amerika dan Orang Asli Hawaii/Pasifik pada Mei ekoran peningkatan mendadak kes jenayah kebencian terhadap warga Asia Amerika pada tahun lalu.

Serangan terhadap orang berketurunan Asia meningkat selepas beberapa ahli politik dan pakar menyalahkan China atas pandemik COVID-19, seterusnya mempengaruhi ramai orang Amerika to membenci orang Asia.

Pertemuan antara BTS dengan Biden diadakan secara tertutup dan tidak dibuka kepada organisasi media.

Kumpulan K-pop itu terkenal dengan lirik dan kempen sosial yang mereka gunakan untuk memperkasakan anak-anak muda sejak penampilan sulung mereka pada 2013. 

Pada Jun 2020, peminat BTS melancarkan kempen dalam talian yang dipanggil #MatchAMillion untuk mengumpul dana bagi memperjuangkan keadilan sosial di AS. 

Kempen itu memperoleh USD1 juta (kira-kira RM4.39 juta) dalam masa satu hari untuk memadankan sumbangan kumpulan itu kepada kempen Black Lives Matter. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan