Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mayat dipercayai dibunuh ditemukan dalam keadaan terbakar

IPOH, 1 Jun : Satu mayat dipercayai dibunuh ditemukan dalam keadaan terbakar di tepi Sungai Kuala Kangsar, Kampung Talang Hulu, Kuala Kangsar semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan itu pada kira-kira 3.05 petang.

“Pihak polis daerah Kuala Kangsar telah hadir ke lokasi kejadian dan mengesahkan penemuan tersebut.

“Unit Forensik dan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak turut tiba di lokasi kejadian bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan awal, mangsa yang disyaki seorang perempuan daripada penelitian berdasarkan fizikal itu dipercayai telah mati dibunuh dan dibakar di tempat yang sama.

Bagaimanapun, Mior Faridalathrash berkata identiti sebenar mangsa masih belum dikenal pasti dan mayat itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kangsar untuk dibedah siasat bagi mencari punca kematian.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sesiapa yang mempunyai maklumat kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat ASP Mohd Subkey Alias menerusi talian 013-9285436. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan