Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak bakal mulakan penyelidikan penghasilan bahan api bio berasaskan lumut

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 31 Mei : Projek penyelidikan penghasilan bahan api bio berasaskan lumut akan bermula tidak lama lagi.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ia akan diterajui syarikat serta agensi korporat yang berpengalaman dalam negara.

“Saya telah mengarahkan pihak Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) untuk membuat kajian bersama dengan Petronas dan agensi berkaitan untuk mengkaji penghasilan ‘biofuel’ daripada lumut.

“Kalau ia berhasil, kita akan menjadi pengeluar utama  ‘biofuel’ yang mana keperluannya tertumpu kepada syarikat penerbangan pada masa hadapan,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Samarindok Aidilfitri Amanah Khairat Yayasan Budaya Melayu Sarawak (AKYBMS) pada Isnin.

Katanya lagi, Sarawak merupakan negeri bertuah kerana kaya dengan kepelbagaian sumber bumi yang secara langsung menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negeri dan negara.

“Sarawak mempunyai sumber lumut yang banyak di kawasan pesisir dan beberapa kawasan tanah pamah yang mana kita lihat berpotensi besar untuk kita jadikan ia sebagai produk yang boleh dieksport ke pasaran dunia suatu hari nanti,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan