Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bomba Sarawak antara ‘Tulang Belakang’ kerajaan sepanjang pandemik

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 30 Mei : Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas menghargai sumbangan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak atas segala jasa dan usaha mereka sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

Katanya, Jabatan bomba pada ketika itu bukan sahaja membantu ketika kebakaran dan banjir, malah turut membantu kerajaan menghantar bekalan makanan dan vaksin ke kawasan luar bandar.

“Apa yang paling penting adalah segala sumbangan serta bantuan yang turut diberikan kepada oleh JPBN Sarawak lebih-lebih lagi ketika dibelenggu pandemik Covid-19,” katanya pada Majlis Perasmian Program Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Perayaan Hari Gawai Tahun 2022.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak Datu Khirudin Drahman berkata, sepanjang tempoh sukar itu, kesiapsiagaan setiap anggotanya merupakan antara faktor utama yang sentiasa menjadi keutamaan mereka sehingga kini.

“Kita tidak pernah menolak atau mengata tidak kepada apa juga saranan oleh beliau melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak yang kita laksanakan dan sekarang kita beralih ke fasa endemik kita dapat lihat bahawa semangat anggota bomba masih lagi berada dalam tahap kesiapsiagaan..dan itu penting sesuai dengan etika jabatan,” katanya.

Selain itu, Khirudin turut mengingatkan seluruh masyarakat untuk sentiasa berwaspada lebih-lebih lagi apabila Sarawak kini sedang melalui musim panas.

Dalam majlis tersebut juga, terdapat penyampaian sijil untuk program celik suri, penyerahan alat pemadam api “Program 1 Rapi” dan sijil penghargaan pegawai bomba wanita. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan