Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bantu mangsa kebakaran, dana RM70 ribu disediakan

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 30 Mei : Kerajaan Sarawak menyediakan dana berjumlah RM70,000 sebagai bantuan kepada mangsa sekiranya berlaku kebakaran di rumah panjang.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, selain dana tersebut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak juga akan turut menghulurkan bantuan dan sumbangan.

“Bagi kerajaan Sarawak apabila ada kebakaran berlaku, mangsa hilang rumah panjang dan mereka juga kehilangan baranagan makanan jadi kita ada pertolongan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Bagi kerajaan negeri Sarawak, Premier telah meluluskan apabila berlaku kebakaran rumah panjang ataupun rumah persendirian kita akan memberi bantuan maximum RM70,000,” katanya pada Majlis Perasmian Program Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Perayaan Hari Gawai Tahun 2022.

“Ia cuma untuk satu pintu terbakar, sebab kadang-kadang 24 pintu dan bila mereka membina rumah panjang yang baru ada tambah sepuluh lagi, yang pertambahan itu tidak termasuk yang terbakar.

“Sama juga seperti kampung, kampung yang terbakar.

“Sekira berlakunya kebakaran, laporkan kepada pihak bomba dan pejabat daerah. Setiap permohonan akan dimaklum kepada pihak sekretariat,” katanya lagi.

Permohonan bagi bantuan-bantuan berkenaan boleh dilakukan di Pejabat Daerah berserta laporan kebakaran daripada pihak bomba. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan