Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato Sri Nancy Shukri bersedia sekiranya dicalonkan semula bagi mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

PRU15: Nancy sedia bertanding, namun akur keputusan calon hak Pengerusi GPS

BySalasiah Safian

SIMUNJAN, 30 Mei : Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya merangkap Ahli Parlimen Batang Sadong, Dato Sri Nancy Shukri bersedia sekiranya dicalonkan semula bagi mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jika beliau terpilih sebagai calon, beliau berikrar untuk memberikan yang terbaik dan akan cuba untuk membawa lebih banyak pembaharuan.

Bagaimanapun, keputusan tersebut terpulang kepada Premier Sarawak yang juga merupakan Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Untuk menjadi calon ini, bukan menjadi hak kita untuk mengatakan “saya mahu menjadi calon”. Itu terpulanglah kepada Premier Sarawak yang menjadi pemimpin kepada parti GPS dan juga parti PBB khususnya.

“Jadi siapa yang akan menjadi calon terpulang kepada beliau melihat dari segi prestasi kita dan juga melihat sambutan dan sokongan orang kepada kita. Jadi bukan kepada kami sebagai wakil rakyat sekarang. Kita hanya menjalankan tugas,” katanya ketika ditemui media selepas Program Simbolik Serahan Beras Sempena Sambutan Perayaan Gawai dan Serahan Geran Aktiviti Tahunan JKKK serta Dana Sambutan Hari Gawai Peringkat Kampung bagi P200 Batang Sadong, di sini hari ini.

Dalam pada itu, tambahnya penduduk di Batang Sadong bertuah kerana YAB Premier sentiasa membantu untuk mempercepatkan lagi pembangunan di kawasan tersebut.

“Hanya beliaulah boleh membawa semua itu kerana kalau kami nak memohon, kami terpaksa pergi kepada beliau,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan