Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah syarikat didakwa atas dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas kesalahan menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui dan radas yang menyebabkan gangguan mudarat pada 2019.

Syarikat didakwa guna kelengkapan komunikasi tidak diperakui dan radas

KULIM, 30 Mei : Sebuah syarikat didakwa atas dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas kesalahan menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui dan radas yang menyebabkan gangguan mudarat pada 2019.

Syarikat tersebut iaitu Z In Hotel Sdn Bhd menerusi wakilnya Goh Siew Leong bagaimana pun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan dihadapan Hakim Mirza Mohamad.

Mengikut pertuduhan pertama, syarikat itu selaku orang kena saman (OKS), didakwa menggunakan kelengkapan komunikasi yang tidak diperakui sebagaimana yang dikehendaki oleh Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, iaitu dua unit GSM Mobile Repeater model GSM-990 di Lorong Kemuning 4/7, Taman Kemuning, di sini pada 2.34 petang, 20 Feb 2019.

Bagi kesalahan tersebut syarikat itu didakwa di bawah Peraturan 16(1)(b), Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang dibaca bersama Peraturan 16(3) Peraturan-peraturan yang sama.

Jika sabit kesalahan syarikat itu boleh dihukum di bawah Peraturan 37 Peraturan-peraturan yang sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua syarikat itu didakwa dengan sengaja menggunakan radas iaitu dua unit GSM Mobile Repeater model GSM-990 dengan cara yang menyebabkan gangguan mudarat di alamat, waktu dan tarikh sama seperti pertuduhan pertama.

Bagi kesalahan itu, syarikat terbabit didakwa di bawah Peraturan 34(5)(c) Peraturan-peraturan Komunikasi dan Multimedia (Spektrum) 2000 dan boleh dihukum di bawah peraturan sama, yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM300,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah menetapkan 29 Jun depan sebagai tarikh serahan dokumen dan OKS tidak dikenakan bayaran jaminan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Nur Nazhzilah Mohd Hashim, manakala OKS diwakili peguam Darwin Lim Chee Chien.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan