Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Malaysia bangkit mengikat India 3-3 dalam perlawanan kedua Kejohanan Hoki Super 4 Piala Asia di Jakarta. Foto David Andreas (TVS, Jakarta).

Hoki Piala Asia : The Speedy Tigers bangkit sekat India

Oleh David Andreas TVS Jakarta.

JAKARTA, INDONESIA , 29 Mei : Skuad hoki negara masih ‘buntu’ mencari kemenangan sulung pada Kejohanan Hoki ‘Super 4’ Piala Asia apabila seri 3-3 berdepan bekas juara, India malam tadi.

Beraksi di Stadium Hoki Gelora Bung Karno, pasukan kendalian Arul Selvaraj dilihat bersemangat untuk menebus keputusan seri 2-2 dalam perlawanan pertama menentang Korea Selatan, kelmarin.

Muhammad Razie Abd Rahim membuka jaringan The Speedy Tigers pada minit ke- 12 dan ke-21 sekaligus mengejut India yang juga pasukan ranking kelima dunia.

India kemudian dilihat mula memperkemaskan permainan dalam usaha untuk mengendurkan asakan bertali arus dilancarkan Malaysia.

Lawan berjaya merapatkan kedudukan apabila Vishnukant Singh menyempurnakan pukulan sudut penalti pada minit ke-31 dan diikuti gol Sunil Sowmarpet pada minit ke-53 untuk mengikat kedudukan 2-2.

Skuad negara yang baharu sahaja melayakkan diri ke Piala Dunia kemudian resah apabila India memimpin perlawanan pada minit ke-55 menerusi pukulan penalti Nilam Sanjeep.

Begitupun semangat Harimau terus membara apabila Muhamamd Razie melakukan hatrik dengan jaringan ketiganya pada minit ke -56 sekaligus menafikan pesta keraian India untuk memungut mata penuh.

Usai perlawanan, barisan pemain negara dilihat susul dan enggan ditemu bual apabila bergegas memasuki bilik persalinan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan