KUCHING, 29 Mei : Seorang wanita warga Indonesia ditemui mati dengan kesan tikaman pada tubuhnya di bilik sewanya di Batu Kawa petang tadi.
Kejadian itu disedari apabila anak perempuannya yang berusia lima tahun berlari sambil menangis ke sebuah premis perniagaan rakan ibunya yang terletak di kawasan berhampiran.
Menurut sumber, mengesyaki kejadian buruk berlaku, rakan ibunya kemudian memeriksa bilik sewa berkenaan dan terkejut apabila mendapati wanita itu sudah tidak sedarkan diri dalam keadaan berlumuran darah.
“Dia kemudiannya membuat laporan polis,”jelas sumber berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, mengesahkan kejadian.
Polis dijangka mengeluarkan kenyataan penuh berhubung kejadian ini dalam masa terdekat.
Di lokasi kejadian, Â ketika ini sepasukan anggota masih menjalankan siasatan.
Berita penuh menyusul.-TVS