Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak ketika ini tidak berdepan masalah kekurangan bekalan ayam seperti beberapa negeri lain kata Dato Sri Alexander Nanta Linggi. Foto KPDNHEP Sarawak.

Sarawak tidak berdepan masalah kekurangan bekalan ayam – Alexander Nanta

KUCHING, 29 Mei : Sarawak ketika ini tidak berdepan masalah kekurangan bekalan ayam seperti beberapa negeri lain.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, ketika ini bekalan ayam di sini mencukupi dan tidak ada rungutan di kalangan pengguna.

Sementara itu ketika ditanya sama ada Sarawak boleh menjadi pengeksport ayam, beliau berkata perkara itu boleh dilakukan sekiranya mempunyai lebihan bekalan.

“Mengapa tidak kerana ini merupakan satu industri.

“Bagaimanapun jika situasi bekalan kurang, kita (kerajaan) tidak benarkan (untuk dieksport),” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan sempena Perlaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan di Stutong di sini hari ini.

Sementara itu beliau turut memaklumkan kementerian telah mengadakan pertemuaan dengan pembekal ayam dan telur semalam untuk membincangkan masalah yang dihadapi.

“Selain itu kita juga mahu cari jalan untuk bekerjasama dan seterusnya memanfaatkan industri dan pengguna,”katanya.

Ditanya sama ada kerajaan akan terus menetapkan harga siling ayam, beliau memberitahu, satu mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat untuk membuat keputusan berhubung perkara itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan