Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
CENTEXS akan menganjurkan dua program untuk mendedahkan masyarakat kepada teknologi digital sempena IDECS 2022.

Rakyat didedahkan kepada teknologi digital menjelang IDECS 2022

GEDONG, 28 Mei : Sempena Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2022 yang akan berlangsung pada 21 hingga 22 Jun kelak, Pusat Kecemerlangan Teknologi Sarawak (CENTEXS) akan turut mengadakan beberapa program untuk mendedahkan rakyat kepada teknologi digital.

Tenaga pengajar di CENTEXS Kuching, Nur Hayati Hamdan berkata, antara kawasan penganjuran program mereka termasuklah di Gedong.

Katanya, orang ramai perlu mengambil peluang untuk meneroka teknologi digital yang pantas berkembang dan memberi manfaat kepada kehidupamn.

“Sempena IDECS nanti, CENTEXS akan menganjurkan dua program iaitu pada 7 Jun yang dikhaskan kepada tetamu jemputan manakala pada 8 Jun terbuka kepada orang ramai,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas program Community Technical Outreach di sini hari ini.

Persidangan IDECS 2022  kali ini bakal disiarkan secara langsung di laman rasmi Facebook  TVS dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang awam boleh melayari idecs.sarawak.gov.my. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan