Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat seorang lelaki yang dilaporkan gagal menyelamatkan diri selepas perahu yang dinaiki bersama dua rakan karam ketika menjala ikan di Sungai Balleh, Putai dekat sini pada Rabu lalu ditemui petang semalam (Jumaat).
Mayat mangsa kejadian bot karam di Sungai Baleh ditemui terapung petang semalam.

Tragedi bot karam di Sungai Baleh, mayat ditemukan 40km dari lokasi kejadian

KAPIT, 28 Mei : Kegembiraan tiga sahabat ‘turun’ ke Sungai Baleh untuk menjala ikan sebelum sambutan Hari Gawai berakhir dengan tragedi apabila bot mereka karam dalam kejadian pada tengah malam Rabu lepas.

Selepas dua hari kejadian, mayat Julius Melina, 35, yang dilaporkan hilang selepas kejadian itu ditemui pada pukul 4.11 petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, Penolong Penguasa Bomba Timoty Barat berkata, mayat mangsa yang berasal dari Nanga Ibau ditemui terapung berhampiran Klinik Kesihatan Nanga Merirai yang terletak kira – kira 40 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

“Dua rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sungai manakala mangsa hilang selepas bot karam,”katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memberitahu, bomba menerima panggilan daripada Balai Polis Kapit memaklumkan kejadian itu pada pukul 12.23 tengah hari pada Khamis.

Difahamkan, mangsa bekerja di Empangan Balleh Putai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan