Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Setuju elaun kehadiran wakil rakyat naik, RM50 sehari sejak 40 tahun lepas

ByOdleen Catherny

KUCHING, 27 Mei : Keputusan kerajaan untuk menaikkan elaun kehadiran bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak merupakan langkah wajar dan tepat pada masanya.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, ini kerana kadar RM50 sehari itu telah digunakan sejak 1980 atau 42 tahun lalu.

“Mereka (ADUN) yang berkhidmat bukanlah semata-mata melihat kepada nilai wang ringgit tetapi dengan kos sara hidup yang semakin tinggi ketika ini, jadi ia sememangnya wajar.

“Sudah tiba masanya untuk kita menyelaraskannya (elaun) sesuai dengan tempoh masanya,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, secara prinsipnya, kerajaan negeri bersetuju untuk menaikkan elaun kepada wakil rakyat yang hadir bersidang.

Sementara itu, Dr. Sim memberitahu, kadar bayaran ‘baharu’ perlu dikaji oleh ahli jawatankuasa Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan mengambil kira tempoh perkhidmatan.

“Saya berpendapat mungkin elaun itu boleh diselaraskan setiap lima tahun, mereka perlu melihat kesesuaiannya dan tidak boleh seperti sekarang yang berkuat kuasa sejak 1980-an,”katanya.

Sebagai perbandingan, kadar elaun kehadiran Ahli Parlimen menghadiri sidang di Dewan Rakyat ialah sebanyak RM400 sehari.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan