Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kunjungan berkenaan bagi memperkenalkan ahli baharu dalam jabatan iaitu Rokiah Sahat sebagai Pengarah Jabatan Audit Negara (JAN) Negeri Sarawak.

Tun Taib terima kunjungan hormat Pengarah JAN Sarawak

ByOdleen Catherny

KUCHING, 26 Mei : Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tuan Yang Terutama, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Audit Negara (JAN) negeri yang baharu, Rokiah Sahat hari ini.

Rokiah berkata, ini merupakan kunjungan pertamanya bertemu Tun Taib setelah memulakan tugas pada 11 April lepas.

“Sebelum ini, saya pernah berkhidmat sebagai Ketua Audit di Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA),” katanya kepada pemberita.

Turut menyertai kunjungan hormat di Demak Jaya itu ialah Timbalan Pengarah JAN Sarawak, Thomas Paul Bilun dan Penolong Pengarah, Jeferi Darhman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan