Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kesemua pakej pelaburan itu dijangka akan mewujudkan lebih 11,000 peluang pekerjaan.

DUN Sarawak : Pelaburan RM23.17 billion ‘masuk’ Sarawak, jana 11,000 peluang pekerjaan

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 26 Mei : Sarawak kekal menjadi lokasi pilihan pelabur apabila berjaya menarik pelaburan bernilai RM23.17 bilion membabitkan 117 projek di sebalik suasana mencabar akibat pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kesemua pakej pelaburan itu dijangka akan mewujudkan lebih 11,000 peluang pekerjaan.

Pecahan pelaburan yang diterima Sarawak katanya adalah sebanyak RM16.08 bilion diluluskan pada 2020 manakala RM7.09 bilion diluluskan pada tahun lepas.

“Beberapa projek utama juga telah diluluskan di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian 1975 (ICA) dan Jawatankuasa Penyelarasan Perindustrian (ICC) Negeri.

“Projek di bawah ICA adalah Produk Logam Asas (2020) yang bernilai RM13.8 bilion, Produk Elektrik dan Elektronik (2021) bernilai RM4.2 bilion dan Bahan Kimia dan Produk Kimia (2021) bernilai RM1.4 bilion,”katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan memaklumkan, projek di bawah ICC terdiri daripada Produk Tenaga Boleh Diperbaharui (2020) bernilai RM250 juta, Produk Logam Asas (2021) bernilai RM938 juta, Perkhidmatan Logistik dan Pergudangan (2021) bernilai RM93 juta dan Keluaran Mineral Bukan Logam (2021) bernilai RM86 juta,” jelasnya.

Jelas Awang Tengah, bagi tahun ini, Kerajaan Sarawak menyasarkan lebih 2,100 peluang pekerjaan akan diwujudkan menerusi pelaburan.

“Sehingga kini, Sarawak telah meluluskan dua projek pembesaran baharu di Samajaya bernilai RM2.1 bilion untuk produk elektrik dan elektronik.

“Syarikat-syarikat ini telah pun memulakan kerja-kerja pembinaan,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan