Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Peter Anthony selepas didapati bersalah memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

ADUN Melalap dijatuhi hukuman penjara tiga tahun

ByBernama

KUALA LUMPUR, 26 Mei : Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM50,000 terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Peter Anthony selepas didapati bersalah memalsukan surat berhubung kontrak kerja penyelenggaraan dan perkhidmatan Sistem Mekanikal dan Elektrik (M&E) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Hakim Azura Alwi juga memerintahkan bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu menjalani hukuman penjara 15 bulan jika gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Peter sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Sdn Bhd, didakwa memalsukan surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 iaitu memasukkan pernyataan palsu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun dan 21 Ogos 2014.

Pertuduhan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Pertuduhan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda.

Azura berkata keterangan yang dikemukakan sepanjang perbicaraan menyatakan bahawa syarikat Peter iaitu Syarikat Asli Jati Sdn Bhd telah menjalankan kerja-kerja penyelenggaran fasa pertama di UMS dan perkara tersebut tidak dinafikan pihak pembelaan.

“Terdapat keterangan mencukupi bahawa tertuduh telah menipu saksi pendakwaan ketiga, kelapan dan kesembilan dengan mengaburi pemikiran mereka mengenai ‘smart partnership’ antara anak syarikat milik penuh UMS, Ulink Property Sdn Bhd dan syarikat milik Peter, Asli Jati,” kata hakim itu.

Tiga saksi berkenaan ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UMS Profesor Dr Shariff Abdul Kadir S. Omang, bekas pengerusi Ulink Property Sdn Bhd Datuk Abdullah Mohd Said dan rakan Peter, Mohd Shukur Mohd Din.

Mahkamah kini sedang mendengar hujahan mitigasi pendakwaan dan pembelaan berhubung keputusan itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin bersama Haresh Prakash Somiah dan Francine Cheryl Rajendram manakala peguam S. Devanandan bersama Datuk D.Senthinathan mewakili Peter. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan