Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kedua dua suspek ditahan terlibat penyalahgunaan Dadah di sebuah rumah di Kampung Penakub Ulu Mukah pada petang Jumaat.

Dua beradik tidak serik, dicekup lagi akibat penyalahgunaan dadah

MUKAH, 26 Mei : Tidak serik dengan beberapa kes penyalahgunaan dadah lampau, dua adik- beradik lelaki yang berasal dari Kampung Penakub Ulu Mukah di sini sekali lagi ditahan oleh pihak polis pada petang Jumaat atas kesalahan yang sama.

Siasatan awal mendapati salah seorang suspek berusia 29 tahun mempunyai tiga kes lampau manakala abangnya pula yang berusia 35 tahun turut mempunyai dua kes lampau yang kesemuanya berkait dengan penyalahgunaan dadah.

Saringan awal air kencing, mendapati kedua adik beradik itu positif dadah jenis Methamphetamine.

Kedua dua suspek ditahan terlibat penyalahgunaan Dadah di sebuah rumah di Kampung Penakub Ulu Mukah pada petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Mukah Deputi Superitenden (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata serbuan ke atas kedua suspek dilakukan oleh anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah dalam sekitar jam 2.50 petang di sebuah bilik di sebuah rumah di Kampung Penakub Ulu, Mukah.

“Semasa serbuan, pihak kita telah menahan kedua-dua suspek yang merupakan seorang buruh dan pengganggur, dan kita tidak menjumpai sebarang barang terlarang pada tubuh badan suspek.

“Pemeriksaan lanjut kemudian nya dibuat di dalam bilik suspek dan kita telah merampas satu beg hitam berzip bertulisan Yamaha Waterproof yang di gantung di dinding bilik tersebut.

“Hasil pemeriksaan didapati di dalam beg tersebut, telah dijumpai satu paket plastik lutsinar berisi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine atau Syabu dengan anggaran berat 5.20 gram ( nilai kasar RM520),” katanya dalam satu kenyataan.

Kedua suspek kemudian nya dibawa ke pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Mukah untuk siasatan lanjut.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah sejak awal tahun 2021 sehingga sekarang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan