KUCHING, 26 Mei : Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berjaya menangkap seekor buaya ‘bersaiz gergasi’ di Telaga Air, di sini petang tadi.
Buaya itu ditangkap pada pukul 6.30 petang di sungai Kampung Nyabut iaitu lokasi seorang kanak – kanak lelaki berusia tujuh tahun diserang buaya pada pagi Sabtu lepas.
Jarak tempat reptilia itu ditangkap dengan lokasi kejadian ialah kira – kira 400 meter.
Penolong Penguasa Bomba, Pejabat Zon I, JBPM Sarawak, Nazari Harun berkata, buaya sepanjang lebih 14 kaki dengan berat 800 kilogram itu akan dibedah esok.
“Selepas itu kita akan membuat keputusan sama ada operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan atau sebaliknya,”katanya.
Baca >>>Â Â Kanak-kanak lelaki dibaham buaya ketika mengambil air di sungai
Baca >>> Kakak trauma lihat adik diterkam buaya
Dalam kejadian kira – kira pukul 8.30 pagi itu, Mohammad Adammi yang berada di tebing sungai yang terletak berhampiran rumahnya, ‘hilang’ selepas diserang dan ditarik seekor buaya.
Operasi SAR yang memasuki hari kelima semalam belum menemukan sebarang petunjuk. – TVS