Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Beberapa kawasan dan laluan di sekitar ibu negara dinaiki air berikutan hujan lebat lebih dua jam hari ini.Foto Polis KL.

Kuala Lumpur banjir lagi

KUALA LUMPUR, 25 Mei : Beberapa kawasan dan laluan di sekitar ibu negara dinaiki air berikutan hujan lebat lebih dua jam hari ini.

Antara kawasan yang dinaiki air ialah Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Imbi, Jalan Sultan Ismail, Bulatan Dato, Kampung Periuk dan Jalan Duta Mas.

Hujan bermula sejak awal pagi dan mulai lebat kira-kira 10 pagi.

Menurut kenyataan Polis Kuala Lumpur jalan-jalan yang turut dinaiki air akibat banjir kilat itu ialah Jalan Ampang, Jalan Kuching, Jalan Raja, Jalan Pudu dan Jalan Maharajalela, namun kesemua jalan-jalan itu boleh dilalui kenderaan ringan dan berat.

“Laluan yang sebelum ini ditutup iaitu Jalan Sultan Azlan Shah, Kampung Periuk, Lorong Raja Mahadi dan Jalan Ampang kini dibuka untuk semua kenderaan setelah air surut menjelang petang,” menurut kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan