Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Skim Pinjaman Rumah Panjang.
Kerajaan Sarawak memperuntukkan kira-kira RM50 juta untuk pelaksanaan Skim Pinjaman Rumah Panjang. Foto Faitullah Morni.

DUN Sarawak : RM50 juta untuk Skim Pinjaman Rumah Panjang

KUCHING, 25 Mei : Kerajaan Sarawak memperuntukkan kira-kira RM50 juta untuk pelaksanaan Skim Pinjaman Rumah Panjang.

Timbalan Premier yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, setakat April tahun ini sejumlah RM47.49 juta telah disalurkan.

“Sejak 2021, semua pinjaman yang diluluskan di bawah skim ini merupakan sifar faedah.

“Setakat April 2022, inisiatif ini telah memanfaatkan sebanyak 76 rumah panjang dengan jumlah 1,608 isi rumah,” katanya semasa sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Dr. Sim turut memberitahu sidang DUN bahawa Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM10 juta pada tahun lepas yang telah memanfaatkan 17 rumah panjang melibatkan 320 isi rumah.

“Ketika ini terdapat 301 buah rumah panjang yang terdiri daripada 6,173 buah isi rumah dalam senarai sedang menunggu pelaksanaan skim ini.

“Kita akan memohon Kerajaan Pusat meneruskan skim bantuan ini,” katanya.

Skim ini telah diperkenalkan oleh Perbadanan Perumahan Sarawak (HDC) sejak 2014. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan