Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kira-kira 40 ekor gajah pigmi Borneo yang dipercayai tersesat ketika mencari makanan dihalau semula ke Hutan Simpan Ulu Segama, Mensuli, semalam.

40 ekor gajah sesat dihalau semula ke habitat asal

LAHAD DATU, 25 Mei : Sekumpulan 40 ekor gajah pigmi Borneo yang dipercayai tersesat ketika mencari makanan dihalau semula ke Hutan Simpan Ulu Segama, Mensuli, semalam.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu, Sylvester Saimin berkata, kawanan gajah berkenaan telah menyerang kawasan ladang kelapa sawit berdekatan hutan simpan itu.

Menurutnya, gajah -gajah itu dikesan berada di sekitar kawasan hutan simpan itu sejak akhir bulan lalu dan dipantau oleh JHL.

“Ketika ini kita berusaha melakukan pengawalan dan pengusiran dari utara ke selatan untuk mengembalikan kumpulan gajah berkenaan ke habitatnya.

“Bagaimanapun, masa untuk gajah berkenaan kembali ke hutan bergantung pada keadaan dan kemungkinan mengambil masa yang agak lama,” katanya di sini semalam.

Sylvester berkata, setakat ini tidak ada tindakan agresif oleh kumpulan gajah itu meskipun melalui kawasan perumahan pekerja ladang.

“JHL turut menggunakan kaedah bunyi bising untuk menghalau gajah seperti letupan kerana mamalia itu sensitif dengan bunyi,” katanya.

Beliau dalam pada itu memohon penduduk melaporkan kepada JHL segera jika terdapat pencerobohan gajah liar di kawasan mereka. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan