Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sejak tahun 1994, atlet OKU Sarawak telah menjuarai Sukan Para SUKMA sebanyak 13 kali berturut-turut. Foto: Bernama

DUN Sarawak : Sasar pertahankan juara Para SUKMA Edisi Ke-20

ByAkma Salleh

KUCHING, 25 Mei: Sarawak menyasarkan untuk mengekalkan gelaran juara pada Para SUKMA kali ke-20 yang akan berlangsung pada tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, sejak mula dianjurkan pada 1994, atlet orang kelainan upaya (OKU) Sarawak telah menjuarai Para SUKMA sebanyak 13 kali berturut-turut.

“Kementerian bertekad untuk mempertahankan kejuaraan Para SUKMA pada Oktober ini.

“Kita mahu mengekalkan Sarawak sebagai negeri kuasa sukan utama Malaysia,”katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Beliau memberitahu, menerusi inisiatif Unit Pembangunan OKU sejak 2018, statistik menunjukkan semakin ramai atlet OKU Sarawak telah dan dijangka akan mewakili Malaysia pada peringkat antarabangsa.

Sasaran diletakkan terhadap atlet OKU Sarawak itu menyusul selepas Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah baru- baru ini turut mengumumkan hasrat Sarawak untuk menjuarai Sukan Malaysia (SUKMA) tahun ini. -TVS

Tags: sarawak, sukma

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan