Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Statistik menunjukkan jumlah penduduk Malaysia kategori miskin tegar di bandar berada pada kadar 76 peratus. Foto Bernama

Lebih ramai miskin di bandar – Mustapa

KUCHING, 25 Mei : Statistik menunjukkan jumlah miskin di bandar lebih banyak berbanding di luar bandar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini berdasarkan jumlah 76 peratus miskin bandar di Malaysia ketika ini.

“Sekarang ini yang tinggal di luar bandar cuma 24 peratus sahaja dikategorikan miskin tegar.

“Justeru, kerajaan akan segera melaksanakan Program Basmi Kemiskinan Keluarga Malaysia,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di DUN, hari ini.

Untuk rekod, setakat Mei 2022, bilangan golongan miskin tegar di seluruh negara ialah sebanyak 18,009.

Terdahulu, beliau turut memberitahu kerajaan telah mengenal pasti 30 lokaliti di Sarawak yang berada dalam kategori miskin tegar dan 10 program membasmi kemiskinan fasa satu akan dilaksanakan segera. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan