Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mustapa Mohamed bertemu Abang Johari di DUN Sarawak sempena lawatan kerjanya di negeri ini. Foto Bernama.

Kadar Inflasi Malaysia masih rendah

KUCHING, 25 Mei : Kadar inflasi di Malaysia masih terkawal dan rendah berbanding Amerika Syarikat iaitu sebanyak 8.3 peratus dan United Kingdom 9 peratus.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, setakat ini Malaysia hanya mencatat 2.3 peratus inflasi walaupun berlaku kenaikan harga barangan.

“Inflasi mampu dikawal disebabkan adanya bantuan subsidi yang meluas oleh kerajaan.

“Kalau kita lihat angka inflasi pada March adalah sebanyak 2.2 peratus dan meningkat kepada 2.3 peratus pada April atau 0.1 peratus sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mustapa memberitahu, kadar inflasi ini juga dijangka akan membebankan golongan miskin tegar.

“Pada rakyat biasa, sebanyak 30 peratus pendapatan digunakan untuk makanan.

“Bagi miskin tegar pula , mungkin 60 peratus adalah untuk makanan,”tambahnya.

Untuk rekod, setakat Mei 2022, bilangan golongan miskin tegar di seluruh negara adalah sebanyak 18,009.

Bagi membasmi kemiskinan ini, Mustapa memberitahu, kerajaan akan melaksanakan Program Basmi Miskin Tegar Keluarga Malaysia dalam masa terdekat. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan