Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
DUN Sarawak dimaklumkan geran RM5 juta diperuntukan kepada 74 persatuan belia dan sukan di sini.

DUN Sarawak : Geran RM5 juta kepada 74 pertubuhan belia dan sukan

KUCHING, 25 Mei : Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak memperuntukkan geran berjumlah RM5 juta kepada 74 persatuan belia dan sukan di negeri ini bagi mengatasi isu sosial yang dihadapi kumpulan berkenaan.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, geran yang disediakan itu juga merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak bagi menyokong program pembangunan belia dan sukan di sini.

Katanya, antara fokus utama kerajaan ialah mengurangkan impak masalah pengangguran yang dihadapi belia berikutan pandemik COVID-19.

“Bagi meminimumkan kesan sosial, kementerian telah melaksanakan pelbagai program termasuklah Program Kesihatan Mental Belia ASEAN, Program Belia Prihatin, Program Belia Kasih Komuniti, Program Ziarah Belia dan Youth Entrepreneur Setup and Financing,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini hari ini.

Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya berkata, kesemua program itu dilaksanakan bagi mengurangkan isu sosial yang kian meningkat dalam kalangan belia tempatan.

Katanya, program yang disebutkan juga merupakan perincian dalam MYSED Calendar of Progras (COP) 2022.

“Bertemakan #Tiada Minggu Tanpa Program”, MYSED COP merupakan komitmen kementerian pastikan sebanyak 40 program utama meliputi belia, sukan dan keusahawanan dilaksanakan di seluruh Sarawak membabitkan program kebangsaan atau antarabangsa,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan