Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Kerja Majlis Sambutan Gawai Dayak 2022 pagi tadi. Foto: Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak

Tun Taib terima kunjungan hormat Jawatankuasa Kerja Majlis Sambutan Gawai Dayak 2022

KUCHING, 24 Mei: Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Jawatankuasa Kerja Majlis Sambutan Gawai Dayak 2022 di Demak Jaya, pagi tadi. 

Kunjungan yang diketuai oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi sambutan itu bertujuan untuk menjemput serta memohon perkenan kehadiran Tun Taib dan Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib ke majlis tersebut.

Majlis Sambutan Gawai Dayak 2022 akan diadakan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 25 Jun 2022.

Turut hadir semasa kunjungan hormat itu ialah Menteri di Jabatan Premier, Datuk John Sikie Tayai, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I Datuk Francis Harden Hollis, Timbalan Menteri Pengangkutan I Datuk Dr. Jerip Susil, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi I Datuk Liwan Lagang serta Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan