Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan dialog strategik di Washington untuk membincangkan isu kepentingan bersama, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA). 

OIC, AS adakan dialog strategik

ByBernama

JEDDAH, 24 Mei : Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Amerika Syarikat (AS) mengadakan dialog strategik di Washington untuk membincangkan isu kepentingan bersama, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA). 

Setiausaha Agung OIC Hissein Ibrahim Taha berkata dialog pusingan pertama itu tepat pada masanya ketika dunia menghadapi cabaran besar yang memerlukan kerjasama dan perpaduan bagi mengekalkan keamanan, keselamatan dan persefahaman. 

Beliau berkata OIC menggalakkan anggotanya untuk terlibat dengan dialog bagi meredakan ketegangan dan konflik serta mencari penyelesaian secara aman.

Pada 19 Mei, OIC mengeluarkan kenyataan memaklumkan Hissein akan melawat AS pada 20 Mei untuk mengadakan beberapa siri pertemuan dengan Setiausaha Negara Antony Blinken dan pegawai kanan Jabatan Negara AS.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan