Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sistem pengesanan pesawat akan dibangunkan pantau ruang udara Sarawak.

Sistem pengesanan pesawat akan dibangunkan pantau ruang udara Sarawak

ByAmirah Shawel

KUCHING, 23 Mei : Sarawak berhasrat untuk membangunkan sistem pengesanan pesawat bagi memantau ruang udaranya.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah ini susulan perkembangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada minggu lepas yang menyaksikan kelulusan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2022.

Kata Abang Johari, ‘pihak’ yang ingin menggunakan ruang udara Sarawak perlu mendapatkan kebenaran pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu.

“Berikutan dengan misi untuk mengurangkan jejak karbon dan radiasi yang dihasilkan oleh pesawat-pesawat, maka ini perlu dilakukan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Mantar Gawai 2022 di sini hari ini.

Baca >>>  DUN Sarawak : Pindaan Kanun Tanah yang beri lebih kuasa kepada Sarawak kawal ruang udaranya diluluskan

DUN Sarawak sebelum ini meluluskan pindaan berkenaan bagi menukar definisi ‘tanah’ di bawah kanun itu yang memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk mengawal ruang udara dan segala harta benda di permukaan tanah itu.

Mengulas lanjut tentang hasrat mengawal perkara berkenaan, Abang Johari berkata, pergerakan pesawat menyebabkan berlakunya pengeluaran karbon termasuklah radiasi yang menyumbang kepada pemanasan global. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan