Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang pembantu kedai makan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di Kulai, hari ini. Foto Bernama.

Pembantu kedai makan didenda RM2,500 lakukan khianat buang patung hiasan

KULAI, 23 Mei: Seorang pembantu kedai makan didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, selepas mengaku bersalah melakukan khianat dengan membuang patung hiasan di sebuah rumah di Taman Scientex 13, Senai, pada 15 Mei lepas.

Gabriele Jungkak anak Steward, 23, mengaku melakukan kesalahan itu di rumah bernombor 567, pada 9 pagi selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin.

Jika gagal membayar denda berkenaan Gabriele boleh dipenjara tiga bulan.

Gabriele mengaku mengambil patung hiasan air pancutan yang tersambung dengan hos paip kecil sehingga tercabut dan rosak serta membuangkannya ke dalam tong sampah milik TS Dineshwaran membabitkan kerugian RM25.

Gabriele didakwa di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Edelynn Wong memohon agar hukuman yang dijatuhkan ke atas tertuduh berbentuk pengajaran dan pencegahan agar menjadi iktibar kepada masyarakat.

Tertuduh yang tidak diwakili, tidak mengemukakan rayuan terhadap hukuman.

Minggu lepas, tular sebuah video berdurasi kurang seminit di media sosial memaparkan seorang lelaki bertindak membuang sebuah patung dipercayai patung keagamaan di tong sampah, di hadapan sebuah rumah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan