Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perabot-perabot rekaan pereka muda yang menyertai Sarawak Young Designers (Sayd’Signers) Furniture Training Program akan dipasarkan secara komersial.

Rekaan perabot pereka muda Sayd’Signers akan dipasarkan secara komersial

KUCHING, 23 Mei : Perabot-perabot rekaan pereka muda yang menyertai Sarawak Young Designers (Sayd’Signers) Furniture Training Program akan dipasarkan secara komersial.

Menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, terdapat beberapa syarikat yang sudah bersetuju untuk mengeluarkan produk-produk tersebut berdasarkan rekaan.

“Dan beberapa syarikat sudah bersetuju untuk mengeluarkan produk-produk ini berdasarkan kepada rekaan mereka. Dan ini antara rekaan yang akan di komersialkan. Cantik-cantik. Ini adalah hasil oleh pereka muda

“Banyak, rekaan yang dihasilkan dengan menggunakan sumber-sumber kayu tempatan dan juga rotan. Bukan sahaja kayu asli, tetapi ada juga yang dibangunkan menggunakan planted timber seperti akasia. Jadi, ini juga akan dikomersialkan,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Dewan Undangan Negeri Sarawak, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Awang Tengah berkata, pihaknya bercadang untuk mempromosikan rekaan-rekaan tersebut ke peringkat antarabangsa dengan membawa pereka-pereka muda terlibat menyertai ekspo antarabangsa.

Beliau yakin rekaan yang dihasilkan akan berjaya menambat hati para pelanggan.

REKAAN PERABOT SAYD’SIGNERS BAKAL DIPASARKAN

“Coraknya begitu kreatif sekali. Dan ianya memenuhi citarasa yang terkini, jadi program ini kita akan teruskan.

“Ini hasil daripada pelbagai kaum, dengan kepelbagaian kebudayaan tersendiri, dari segi motif, ukiran-ukiran itu, ada perbezaan. Misalnya masyarakat Iban, Orang Ulu, Melanau, Melayu kita.

Jadi ini akan digabungkan dan sudah tentu dengan asas-asas ini, hasil daripada budaya kita dan seni ukir kita yang terdahulu walaupun nampak dari segi tradisional, tetapi ini kalau kita gabungkan ia akan memberikan sesuatu kekuatan dan akan menjadi satu kelebihan bagi kita,” ujarnya. – TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found