Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sejajar dengan pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya, ibu bapa disarankan untuk menerapkan kemahiran renang dalam kalangan anak-anak di awal usia mereka. Foto TVS.

Kebolehan berenang bantu hindar tragedi

KUCHING, 22 Mei : Bak kata pepatah Melayu ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya’, ibu bapa disarankan untuk menerapkan kemahiran renang kepada anak mereka seawal mungkin.

Jurulatih renang di Swim Art Aquatic, Gary Lau berkata, latihan berenang boleh diajar seawal usia enam bulan bagi menyesuaikan bayi dan kanak-kanak dengan air.

Katanya, sekiranya pendedahan aktiviti renang diberikan pada usia yang agak lambat, kanak – kanak akan lebih mudah untuk ‘menolak’ daripada mengikuti kelas renang.

“Oleh itu, untuk mengelakkan masalah ini, saya sarankan lebih baik kita beri pendedahan awal,” katanya ketika temu bual khas bersama TVS baru – baru ini.

Asas kepada cadangan berkenaan kerana kebelakangan ini, berlaku beberapa kes lemas melibatkan kanak – kanak seperti pada bulan lepas di Sabah yang mengorbankan seorang kanak -kanak perempuan berusia 10 tahun di Sungai Kampung Malangkap Darat, Kota Marudu.

Sementara itu, data Jabatan Statistik Malaysia pula menunjukkan sebanyak 1.2 peratus punca kematian kanak-kanak bawah lima tahun disebabkan lemas.

Pada masa sama, Gary berkata, ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam mengajar dan mendedahkan kemahiran berenang kepada anak mereka.

“Penglibatan dan interaksi bersama anak ketika kelas renang boleh membantu untuk mengurangkan kebimbangan anak -anak selain meningkatkan keyakinan sepanjang kelas berlangsung,”katanya.

Bagi Agness Lee yang menghantar anaknya mengikuti latihan berenang di situ, usia 18 bulan dilihat sesuai untuk mendedahkan kemahiran berkenaan kepada anaknya.

Jelasnya, sekiranya berlaku kecemasan semasa pergi bercuti , anaknya tahu langkah yang perlu diambil untuk menyelamatkan diri atau tidak mudah panik.

Bagi Munirah Mansor pula, kemahiran ini akan menyokong perkembangan anaknya selain menjadi lebih peka berkaitan soal keselamatan.

”Pada usia sangat muda merupakan waktu terbaik untuk perkembangan paru-paru anak selain membina otot , mengasah kemahiran motor dan deria mereka”, katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan