Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin SUPP mampu kekalkan prestasi baik pada PRU-15 ini. Foto Odleen.

PRU15 : Abang Johari yakin SUPP mampu bantu GPS ‘sapu’ semua kerusi

ByOdleen Catherny

KUCHING, 21 Mei : Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) , Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yakin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) mampu menang kesemua kerusi yang bakal ditandingi pada Pilihan Raya Umum (PRU-15) akan datang.

Ujar Abang Johari, keyakinan itu disuarakan berikutan prestasi cemerlang SUPP bersama parti – parti lain dalam GPS pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) yang lalu.

Katanya, GPS memenangi 76 daripada 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN-12 dan SUPP turut memberi sumbangan penting kepada rekod cemerlang itu.

“Kenangan paling manis apabila SUPP sapu semua kerusi di Miri, ambil semula Bintulu, Tanjong Batu dan juga Sibu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan SUPP ke-25 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden SUPP, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Pada masa sama beliau turut menzahirkan ucapan tahniah kepada SUPP atas sumbangan parti itu.

Berdasarkan perkembangan berkenaan, Abang Johari yang Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, beliau turut menaruh keyakinan agar parti-parti komponen GPS yang lain akan turut mempamerkan prestasi cemerlang.

“Dengan izin Tuhan, pada PRU-15 nanti, kita akan bekerjasama dan mungkin mampu untuk memenangi kesemua 31 kerusi yang ditandingi,” ujarnya lagi.

Sementara itu, Dr. Sim percaya faktor GPS menerima sokongan padu pada PRN-12 lalu adalah kerana mempunyai polisi yang jelas serta mengutamakan kepentingan Sarawak.

“Saya ingin memberi contoh berkenaan Rang Undang-Undang (RUU) Kanun Tanah (Pindaan) 2022 yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Rabu dan Rang Undang-Undang (RUU) Hutan (Pindaan) 2022 yang diluluskan pada Khamis adalah testimoni yang jelas bahawa GPS proaktif dalam merealisasikan rancangan negeri,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan