Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penganalisis Sosiopolitik, Profesor Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi melihat daripada sudut pandang BN, PRU-15 akan diadakan segera kerana sentimen-sentimen yang sudah dimainkan pembangkang ketika ini bakal melemahkan sokongan kepada parti itu jika diadakan pada tahun hadapan. Foto: TVS
Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi. Foto: TVS

Perancangan GPS diterima rakyat Sarawak – Penganalisis politik

ByConnie Grace

KUCHING, 21 Mei : Hala tuju dan perancangan Gabungan Parti Sarawak (GPS) diterima oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira etnik, bangsa dan latar belakang politik.

Ini terbukti apabila tiga termasuk Rang Undang – Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2022) telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak semalam.

Penganalisis politik dari Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, ini menunjukkan perancangan GPS menepati keperluan rakyat.

“Malah pembangkang turut bersetuju kerana mereka melihat apa yang dikemukakan itu menepati keperluan rakyat.

“Ini bertepatan dengan landskap politik Sarawak yang sentiasa mengutamakan kebajikan dan masa depan rakyatnya,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS sebagai mengulas perkembangan politik Sarawak berikutan kelulusan tiga RUU di DUN ‘tanpa masalah besar’ pada sidang DUN sepanjang minggu ini.

Semalam,Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2022) berjumlah RM60 064 358 yang dibentangkan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah juga diluluskan tanpa dibahaskan yang melibatkan perbelanjaan bagi memenuhi geran operasi tambahan kepada 23 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Baca >>>  DUN Sarawak : RUU Perbekalan Tambahan (2022) lebih RM60 juta diluluskan

Awang Azman berkata, kelulusan pindaan RUU turut membuktikan GPS telah memenuhi salah satu janji manifestonya pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) lepas iaitu mempertahankan dan membela hak – hak Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kita lihat pembangunan itu dapat dibawa, berjaya menyantuni keperluan rakyat serta sesuai dengan situasi pasca pandemik dan pemulihan ekonomi.

“Sudah pasti pada sidang DUN minggu depan, rakyat berharap lebih banyak lagi RUU akan diluluskan,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan