Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata pindaan itu akan selaras dengan teras kelestarian alam sekitar Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 negeri, di samping Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2030.

DUN Sarawak : Pindaan Ordinan Hutan Sarawak untuk tambah baik pengurusan hutan diluluskan

KUCHING, 19 Mei : Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) bagi meminda Ordinan Hutan negeri yang bertujuan menambah baik pengurusan hutan dan sumber aslinya.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata pindaan itu selaras dengan teras kelestarian alam sekitar Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 negeri, di samping Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 2030.

Beliau berkata pindaan itu melibatkan pembentukan hutan libur/rekreasi daripada hutan simpan, hutan dilindungi dan komunal atau tanah hutan negeri, bagi tujuan pendidikan, penyelidikan dan rekreasi.

Menurutnya satu lagi pindaan adalah bagi memperkenalkan pelesenan aktiviti karbon hutan di hutan kekal, dan tanah milik, sebagai langkah untuk mengeluarkan karbon dioksida daripada atmosfera melalui penyerapan karbon dan menyimpannya di dalam hutan.

“Di bawah sistem pelesenan ini, kepentingan sah pemegang lesen dan mereka yang melabur dalam aktiviti karbon hutan dilindungi oleh undang-undang. Rang undang-undang itu mewajibkan setiap mereka mendapatkan lesen sebelum menjalankan sebarang aktiviti karbon hutan, jika tidak, mereka dianggap melakukan kesalahan dan akan dihukum,” katanya.

Rang undang-undang yang disokong sebulat suara itu menyaksikan 20 ahli dewan mengambil bahagian dalam perbahasan, antaranya ketua pembangkang Datuk Seri Wong Soon Koh (PSB-Bawang Assan) yang berkata beliau berharap ia akan “menangani sebarang kelemahan” dalam ordinan berkenaan, yang bertujuan melindungi hutan Sarawak.

Seorang lagi pembangkang, See Chee How (PSB-Batu Lintang) memuji pindaan itu yang menurutnya memberi kesan positif kepada alam sekitar dan baik untuk ekonomi.

Chong Chieng Jen (DAP-Padungan) pula berkata rang undang-undang itu akan menggalakkan pemuliharaan alam sekitar Sarawak dan menyumbang kepada gerakan seluruh dunia menentang perubahan iklim global.

Sementara itu penyokong kerajaan Abdul Yakub Arbi (GPS-Balingian) pula berkata penambahbaikan Ordinan Hutan mencerminkan kekuatan yang diperoleh GPS selepas kemenangan meyakinkan mereka pilihan raya negeri lepas, telah digunakan dengan bijak untuk memajukan Sarawak.

Wilson Nyabong Ijang (GPS-Pelagus) berkata pindaan itu bertujuan mebolehkan Sarawak mengambil peranan proaktif dalam menghentikan perkembangan pemanasan global dan perubahan iklim.-TVS

Berita Berkaitan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony-

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony-