Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ekonomi Shanghai diramal akan beransur pulih bermula bulan depan apabila lebih banyak perniagaan di kawasan bebas COVID-19 dibenarkan untuk kembali beroperasi. Foto Reuters.

Ekonomi Shanghai beransur pulih di kawasan bebas COVID-19

SHANGHAI, 19 Mei : Ekonomi Shanghai diramal akan beransur pulih bermula bulan depan apabila lebih banyak perniagaan di kawasan bebas COVID-19 dibenarkan untuk beroperasi.

Timbalan Datuk Bandarnya, Zhang Wei berkata, perintah berkurung yang dikuatkuasa kerajaan sebelum ini untuk membendung wabak berkenaan akan turut dihapuskan dalam masa terdekat.

Baca > > > Shanghai nafi buat sekatan pergerakan penuh susulan lonjakan kes COVID-19

Katanya, rakyat akan ‘bebas’ untuk melakukan aktiviti harian seperti biasa setelah hampir dua bulan ‘terpenjara’ di kediaman masing – masing.

Kadar pengeluaran kargo dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong juga telah mencecah 70 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Yu Fulin, pegawai pengangkutan di Shanghai berkata, pengangkutan awam untuk merentas daerah akan kembali beroperasi bermula 22 Mei.

“Keutamaan diberikan untuk membuka semula laluan bandar ke lapangan terbang, stesen kereta api dan hospital,”tambah beliau. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan