Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengurniakan pingat dan darjah kebesaran negeri kepada 145 orang penerima sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Sarawak.

145 terima Darjah Kebesaran Sarawak

ByOdleen Catherny

KUCHING, 19 Mei : Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkenan mengurniakan pingat dan darjah kebesaran negeri kepada 145 orang penerima sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-darjah Kebesaran Negeri Sarawak di Dewan Besar, Astana Negeri di sini, hari ini.

Istiadat dimulakan dengan pengurniaan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) kepada lapan penerima yang didahului oleh Penolong Kanan Komisioner Penjara, Fathi Mursidi.

Ia kemudian diikuti Alfred Geling Ason, Abang Jamallidon Abang Ullie, Kayak @ Philip Brandah, Henry Colin Belawing, Pemanca Lee Siang Hua, Augustine Anjat Beti dan Bernard Sia Siew Fang.

Istiadat diteruskan dengan pengurniaan Pingat Pentadbiran Awam, Pingat Perkhidmatan Perkhidmatan Bakti (PPB) kepada 16 penerima yang dimulakan dengan Profesor Dr. Bromeley Philip, Azmi Abdullah dan Rudzaimeir Malek.

Seramai 34 orang pula menerima Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Ahli Bintang Sarawak (ABS) yang dimulakan dengan Dato’ Mohammad Faizal Abdullah @ Michael Tingang Belawing, diikuti Mohamad Abang Taha dan Randie Tata’a.

Bagi Darjah Utama Yang Amat Mulia Bintang Kenyalang Sarawak Ahli Bintang Kenyalang (ABK) pula dianugerahkan kepada 18 penerima manakala seramai 36 orang dianugerahkan Pingat Pentadbiran Awam Pingat Perkhidmatan Terpuji (PPT).

Istiadat turut menganugerahkan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak Bentara Bintang Sarawak (BBS) kepada 33 orang penerima.

Turut hadir, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib dan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato’ Azman Ahmad Sapri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan