Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Pelancongan Industri Kreatif Dan Seni Persembahan Sarawak dan Jabatan Muzium Sarawak sedang dalam usaha untuk mencadang dan mewartakan Kubu Ranee sebagai salah satu bagunan warisan sarawak di bawah Ordinan Warisan Sarawak 2019.
Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dan Jabatan Muzium Sarawak sedang dalam usaha untuk mencadang dan mewartakan Kubu Ranee sebagai salah satu bangunan warisan Sarawak di bawah Ordinan Warisan Sarawak 2019.

DUN Sarawak: Kerajaan berhasrat wartakan Kubu Ranee sebagai bangunan warisan Sarawak – Snowdan

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 19 Mei : Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dan Jabatan Muzium Sarawak sedang dalam usaha untuk mencadang dan mewartakan Kubu Ranee sebagai salah satu bangunan warisan Sarawak di bawah Ordinan Warisan Sarawak 2019 (Sarawak Heritage Ordinan 2019), demikian kata Timbalan Menteri, Datuk Snowdan Lawan.

“Kementerian akan berusaha memperolehi peruntukan untuk membaik pulih Kubu Ranee agar dapat dijadikan sebagai mercu tanda Saratok dan juga sebagai satu destinasi pelancongan di Sarawak,” kata Snowdan.

Snowdan berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri pada Persidangan Hari Ketiga Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 di sini, hari ini.

Untuk rekod Kubu Ranee atau Fort Ranee telah memainkan peranan yang penting sebagai pejabat pentadbiran sejak dibina oleh Charles Brooke pada tahun 1888.

Pada suatu ketika dahulu, kata Snowdan, ia telah dijadikan sebagai Pejabat Majlis Daerah Saratok sebelum dijadikan Pusat Internet Komuniti pada tahun 2014. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan