Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Wartawan memainkan peranan penting dalam mengurus persepsi, terutama di era di mana setiap orang yang diperlengkapkan dengan telefon pintar boleh menyebarkan maklumat tanpa mengira kesahihannya.
Abang Johari menghadiri Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri bersama warga media anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) malam tadi.

Media main peranan penting dalam pengurusan persepsi – Abang Johari

ByNazirah Adlina

KUCHING, 19 Mei: Media memainkan peranan penting dalam mengurus persepsi terutama pada era hampir setiap orang mampu mendapatkan maklumat tanpa mengira kesahihannya.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, dalam soal ini, rakyat Malaysia tidak sepatutnya menerima maklumat secara semberono menerusi media sosial.

Katanya, masalah komunikasi boleh wujud antaranya mesej yang disampaikan mungkin tidak boleh dipercayai sepenuhnya serta cenderung untuk bercanggah dengan fakta sebenar.

“Jika kita lihat, kesalahan tatabahasa boleh terjadi apabila berlakunya penterjemahan maklumat dalam talian.

“Ini bermakna, tugas media kini semakin mencabar kerana teknologi, niat serta mesej yang ingin disampaikan melalui proses yang rumit sehingga mendatangkan kekeliruan bagi mereka yang menerima maklumat tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah Tamah Hari Raya Aidilfitri bersama warga media anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) malam tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Komunikasi, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol.

Sementara itu, Abang Johari turut menghargai peranan besar dimainkan media dalam penyebaran maklumat.

“Bagaimanapun tidak semua orang mampu menerima maklumat yang disampaikan dengan betul hingga menimbulkan fitnah,”katanya.

Premier Sarawak dan Datuk Abdullah Saidol ketika pelancaran Majlis Ramah Tamah Warga Media, anjuran UKAS.

Sementara itu, Abdullah berkata, media memainkan peranan penting dalam menghubungkan kerajaan dan rakyat.

Katanya, melalui media, kerajaan mendapat maklum balas berkenaan dengan hala tuju pembangunan serta memahami suara rakyat.

“Antara matlamat utama bidang kewartawanan adalah untuk membina masyarakat yang bermaklumat serta peka terhadap perkembangan terkini.

“Pada masa sama, kita menghadapi cabaran kumpulan-kumpulan yang tertentu yang sering menyebarkan berita yang boleh menimbulkan sentimen kebencian, buruk sangka atau sifat perkauman,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan