Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Alena Murang sape Sarawak
Alena pada kali ini akan disertai oleh Sara Heng yang akan bermain instrumen guzheng, Simmy (papan nada dan wisel timah), Joshua Maran (dram dan gitar), Herman Ramanado (gitar bes), dan digayakan oleh Saerah Ridzuan.

Alena Murang dan Bamboo Woods bakal meriahkan Rainforest World Music Festival 2022

ByNurul Amarlina

KUCHING, 18 Mei: Festival muzik ikonik, Rainforest World Music Festival (RWMF) akan kembali dengan lebih meriah pada tahun ini dengan menampilkan ratu sape Sarawak Alena Murang.

Selepas pelancaran album keduanya “Sky Songs” pada 2021, Alena bakal beraksi pada kali ini dengan turut disertai oleh Sara Heng yang akan bermain instrumen guzheng, Simmy (papan nada dan wisel timah), Joshua Maran (dram dan gitar), Herman Ramanado (gitar bes), dan digayakan oleh Saerah Ridzuan.

“Saya selalu ditanya, apakah kepentingan memelihara muzik budaya ini? Setelah bertahun dalam bidang ini, saya mula sedar bahawa bukan saya yang memeliharanya,” kata Alena dalam satu kenyataan media.

Baca lagi > > > Alena Murang dan Persatuan Advokasi Dan Kesedaran Kanser Kuching (SCAN) hasilkan muzik video Many Tomorrows

“Saya tidak bermain seperti bapa saudara saya atau datuk saya. Muzik budaya saya akan terus berkembang dan saya fikir itulah cara sesuatu budaya itu boleh terus kekal — iaitu dengan menyesuaikan diri dan berkembang mengikut peredaran masa.”

Selain Alena, RWMF juga bakal menampilkan Bamboo Woods dari Sabah, sebuah kumpulan pemuzik unik yang hanya memainkan instrumen yang diperbuat daripada buluh dan kayu.

Hasil daripada inovasi mereka, kumpulan tersebut telah memenangi pelbagai pengiktirafan termasuk ‘Persembahan Terbaik’ oleh Sabah Ombak Association (2016), Anugerah Muzikal Terbaik bagi kategori muzik buluh (2017), Bakat Paling Kreatif di Borneo di Borneo Talent Award (2017), dan yang terbaru mereka terpilih untuk mengalu-alukan pelancong dari Singapura ketika sempadan udara Sabah dibuka selepas dua tahun ditutup akibat pandemik.

“Salah seorang anggota kami, iaitu Lawrence Usup, telah menjuarai Pertandingan Instrumen Tradisional Malaysia bagi Kategori Solo peringkat negeri dan tempat ketiga pada peringkat kebangsaan,” jelas kenyataan itu lagi.

Bertemakan “Legendary Rainforest Celebration”, RWMF akan diadakan dari 17 hingga 19 Jun ini, dan akan menampilkan pemuzik dari seluruh dunia termasuk Bhutan, Jepun dan Ukraine.

Tahun ini juga merupakan ulang tahun yang ke 25 penganjuran RWMF, dan ia nya menjadi lebih istimewa kerana pada tahun ini RWMF akan diadakan secara hibrid buat pertama kalinya.

Konsert fizikal akan diadakan di Kampung Budaya Sarawak manakala penonton juga boleh menonton secara langsung dari rumah masing-masing menerusi laman web rwmf.net.

Tiket RWMF dijual dalam kategori berbeza iaitu Pas Sehari bagi Dewasa (RM150), Pas Tiga Hari bagi Dewasa (RM375), Pas Sehari bagi Kanak-Kanak (RM80), Pas Tiga Hari bagi Kanak-kanak (RM155) dan Pas Keluarga Sehari – Dua Dewasa dan Dua Kanak-kanak (RM400).

Tiket virtual dijual pada harga RM25 bagi setiap jam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan