Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak akan menggubal Dasar Perubahan Iklim selaras dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).
Kajian mengenai dasar berkenaan juga dijangka menyediakan pelan tindakan untuk mengurangkan dan menyesuaikan impak daripada perubahan iklim.

Sarawak bakal gubal dasar perubahan iklim

ByBernama

KUCHING, 18 Mei: Kerajaan Sarawak akan menggubal Dasar Perubahan Iklim selaras dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau (GHG) di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni berkata dasar yang memfokuskan kepada sumber tenaga hijau seperti kuasa hidro, tenaga solar dan hidrogen itu akan dibuat selepas selesai satu kajian di bawah tempoh RMK-12. 

“Antara hasil dijangkakan daripada kajian tersebut ialah garis dasar mengenai GHG mengikut sektor tenaga, pengangkutan, proses perindustrian, pertanian, perubahan guna tanah dan pengurusan sisa.

“Memandangkan penumpuan global kini adalah pada pembangunan mampan, pelaksanaan projek pembangunan Sarawak akan datang mempunyai harganya tersendiri, khususnya kesan kepada alam sekitar dan pemuliharaan biodiversiti,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Hazland berkata selain itu, kajian mengenai dasar berkenaan juga dijangka menyediakan pelan tindakan untuk mengurangkan dan menyesuaikan impak daripada perubahan iklim.

“Justeru, pembangunan mampan perlu diusahakan supaya masyarakat mempunyai masa depan lebih baik merangkumi persekitaran bersih, tahap pembangunan berterusan tanpa sisa dan pencemaran berlebihan, dan perlindungan sumber asli serta biodiversiti,” tambahnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan