Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
DUN Sarawak
Kerajaan Sarawak telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Kerajaan Sarawak laksana pakej BKSS bantu rakyat terkesan akibat pandemik

ByAkma Salleh

KUCHING, 18 Mei: Kerajaan Sarawak telah melaksanakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Ini termasuk menyediakan peluang untuk membantu kumpulan yang hilang punca pendapatan.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak, Datuk Gerawat Gala, sebagai langkah segera, kerajaan Sarawak telah melaksanakan lapan (8) Pakej Bantuan Sarawakku Sayang (BKSS) yang berjumlah RM5.7 bilion untuk membantu golongan ini.

“Pakej BKSS ini termasuklah pemberian tunai kepada kumpulan B40, bantuan tunai untuk pengusaha kecil dan sederhana dan penangguhan bayaran sewa premis,” katanya bagi menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad pada Persidangan Hari Kedua Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-19 hari ini.

Sementara itu, kata Gerawat, untuk mengurangkan kadar pengangguran, kerajaan turut melaksanakan Graduate Enhancement Training Sarawak (GETS) untuk graduan di Sarawak.

“Selain itu, kerajaan Sarawak akan melaksanakan Industry Workforce Development Programme dengan kerjasama daripada industri bagi memberi latihan dalam industri (Place and Train).

“Untuk jangka masa panjang, kerajaan Sarawak akan terus melaksanakan inisiatif-inisiatif di bawah Pelan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) untuk mewujudkan lebih banyak aktiviti ekonomi berproduktiviti tinggi, peluang pekerjaan dan perniagaan.

“Di bawah pelan ini kerajaan menjangkakan lebih kurang 200,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi akan diwujudkan menjelang tahun 2030,” tambahnya. – TVS

Tags: B40, BKSS, sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan