Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Lawan arus, warga emas ditahan selepas serah diri

KUCHING. 17 Mei : Polis telah menahan pemandu kenderaan yang melawan arus di Jalan Kwong Lee Bank, Kuching pada Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa memaklumkan, wanita warga emas berusia 75 tahun itu menyerah diri di Ibu Pejabat Daerah, IPD Kuching pada Ahad.

Merbin memberitahu, suspek diambil keterangan dan kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Selain itu, kereta yang dipandu oleh suspek semasa hari kejadian turut dirampas oleh pihak polis.

“Berkaitan dengan kejadian memandu melawan arus di Jalan Kwong Lee Bank pada 13 Mei lepas, tangkapan ke atas pemandu kereta tersebut telah dibuat oleh pihak polis pada 15 Mei lepas,” katanya.

Jelasnya suspek ketika kejadian mendakwa tergesa-gesa hendak menjual barangan terpakai ke kilang berhampiran dan memandangkan kilang tersebut dijangka ditutup dalam tempoh masa yang singkat dan telah mengambil keputusan yang tidak wajar.

Kes disiasat di bawah seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tindakan wanita yang memandu dalam keadaan melawan arus itu tular di media sosial dan mendapat keceman orang ramai.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan