BETONG, 17 Mei: Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu membersihkan pokok tumbang yang menghalang jalan utama, Jalan Padeh di sini pagi tadi.
Pegawai Pertahanan APM Daerah Betong, Desem Samuel berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 7.42 pagi.
Susulan itu, empat anggota APM Betong telah digerakkan ke lokasi kejadian.
“Sejurus tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati pokok tersebut menghalang jalan utama,” katanya dalam kenyatan hari ini.
Pihaknya mengambil masa kira-kira 18 minit untuk memotong pokok tumbang itu serta membersihkan kawasan tersebut.
“Jalan raya itu boleh digunakan semula oleh semua kenderaan,” tambahnya lagi. – TVS