Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Ambil langkah berjaga-jaga berikutan cuaca semakin panas, elak strok haba

KUALA LUMPUR, 16 Mei : Berikutan peningkatan suhu dan cuaca yang semakin panas, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelak daripada mengalami strok haba.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau mencadangkan orang ramai supaya sentiasa meminum air yang mencukupi, mengelak daripada melakukan senaman yang sukar dan tidak perlu, berada di kawasan yang lebih nyaman dan redup selain daripada memantau simptom keletihan kerana kepanasan dan strok haba.

Dalam hantaran itu, Dr Noor Hisham juga berkongsi langkah yang boleh diambil jika didapati ada simptom keletihan dan strok haba termasuk berada di kawasan yang lebih sejuk atau dilengkapi penyaman udara dan mandi air sejuk atau gunakan jaram sejuk.

Beliau juga berkongsi sebuah poster mengenai kuantiti air yang diperlukan tubuh manusia ketika peningkatan suhu dan cuaca yang semakin panas berasaskan berat badan seseorang daripada 45 kilogram (kg) yang memerlukan 1.9 liter air kepada 90 kg yang memerlukan 3.9 liter air.

Dr Noor Hisham berkata orang awam boleh menghubungi talian 911 jika mereka mengalami sebarang simptom dan perlu bertindak segera untuk menyejukkan tubuh pesakit sehingga bantuan tiba. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan