Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua beradik dikhuatiri lemas di Sungai Rayu,Matang, di sini hari ini.

Adik beradik lemas di Sungai Rayu, Matang

KUCHING, 16 Mei : Dua adik beradik dikhuatiri lemas di Sungai Rayu, Matang, di sini.

Pegawai Bomba Kanan II KUP, Asmadi Nawi berkata, pihaknya yang menerima panggilan berhubung insiden berkenaan sekitar pukul 3 petang tadi.

Katanya, sembilan anggota segera dikerahkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Dua mangsa yang dikhuatiri lemas dikenali sebagai Lee Jun Suhia, 34 dan manakala adiknya Lee Huai Fee, 17,” katanya dalam satu kenyataan.

Ketika ini, operasi SAR telahpun diaktifkan di sepanjang Sungai Rayu, Matang melibatkan kawasan pencarian sejauh 27 kilometer (km).

Operasi SAR melibatkan dua beradik yang dikhuatiri lemas di Sungai Rayu ketika ini masih dilakukan oleh anggota bomba.

Difahamkan, setakat pukul 5.40 petang, kedua-dua mangsa masih belum dijumpai. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan