Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lelaki berusia 25 tahun itu turut melepaskan amarahnya dengan mengugut mahu memukul ibunya yang berusia 53 tahun. Kredit : PDRM

Tidak dibenarkan guna motosikal, seorang lelaki bertindak ugut pukul ibu

MIRI, 16 Mei : Hanya kerana tidak dibenarkan menggunakan motosikal ke Bintulu, seorang lelaki mengamuk dengan menyelerakkan barang-barang di dalam rumah  dalam kejadian di Bandar Baru Permyjaya di sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5 petang itu, lelaki berusia 25 tahun itu turut melepaskan amarahnya dengan mengugut mahu memukul ibunya yang berusia 53 tahun.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati apabila ibunya tidak membenarkannya menggunakan motosikal ke Bintulu.

“Suspek turut dipercayai bertindak agresif dengan mengugut untuk memukul mangsa.

“Mangsa yang bimbang akan keselamatan diri kemudian tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Bertindak atas aduan, sepasukan polis dari bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah telah menahan suspek.

“Suspek ditahan di kediamannya pada pukul 6.30 petang hari sama,” ujarnya.

Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan