Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perenang negara, Welson Sim akan beraksi dalam dua acara akhir pada Sukan SEA ke-31 Vietnam hari ini.

Welson Sim kembali ke kolam, ikrar tebus kecewa

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 16 Mei : Selepas kecewa pingat perak yang dimenangi bagi acara 4×100 meter gaya bebas lelaki ditarik kelmarin, jaguh renang negara, Welson Sim kembali ke kolam renang hari ini dengan semangat baharu.

Berdasarkan jadual pertandingan, perenang berusia 25 tahun yang berasal dari Kuching, Sarawak itu akan beraksi dalam dua acara akhir sekaligus berpeluang menebus kehampaan di Pusat Akuatik, Kompleks Sukan My Dinh petang ini.

Welson, pemenang tiga pingat emas Sukan SEA pada edisi 2015 dan 2017 akan mempamerkan renangannya menerusi acara 400 meter gaya bebas lelaki bersama seorang lagi wakil negara, Khiew Hoe Yean pada pukul 7 petang ini.

Bekas pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil itu juga akan menyertai Hoe Yean, Ng Jing Fu dan Bryan Leong untuk mencabar perebutan pingat emas bagi acara 4×100 meter rampaian individu lelaki.

Menerusi hantaran di Instagram, Welson kelihatan sudah melupakan ‘tragedi’ Sabtu lepas.

Baca > > > Sukan SEA : Pingat perak Welson Sim ditarik

“Satu acara tamat, esok (hari ini) kembali dengan 400 meter. Semangat,”tulisnya.

Pada Sabtu, Malaysia yang dibarisi Welson Sim, Lim Yin Chuen, Hoe Yean dan Arvin Shaun Singh Chahal menamatkan acara 4×100 meter gaya bebas di tempat kedua dengan catatan 3:20.13 saat namun dibatalkan penyertaan akibat pelepasan palsu.

Singapura yang mengungguli acara berkenaan menerima nasib serupa menyebabkan Vietnam yang berada di tempat ketiga meraih emas diikuti Indonesia dan Thailand. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan