Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain golf , Ervin Chang menghadiahkan pingat emas ke-16 Malaysia pada temasya Sukan SEA Ke-31 Vietnam hari ini.

Sukan SEA : Pemain golf, Ervin Chang sumbang emas ke-16

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 15 Mei : Pemain golf , Ervin Chang menghadiahkan pingat emas ke-16 Malaysia pada temasya Sukan SEA Ke-31 Vietnam hari ini.

Beraksi di Heron Lake Golf Course & Resort, pemain berusia 24 tahun itu menewaskan wakil Indonesia, Amadeus Susanto Christian manakala peserta Thailand, Weerawish Narkprachar menamatkan saingan dengan pingat gangsa.

Memetik temu bual dengan Bernama, Ervin berkata, dia gembira kerana dapat menghadiahkan pingat emas acara golf selepas kali terakhir Malaysia menang acara itu pada 2001.

“Terima kasih atas sokongan anda di sini (Vietnam) dan di Malaysia,”katanya.

Ervin mula mewakili negara pada pentas Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan